Monday, May 12, 2014

Selamat Hari Ibu

Assalamulaikum wbt....
 
hai mummy mummy to be dan all the mummy in the world happy mothers day to u. For everyone, whtever u call ur mummy like ummi, emak, mama, ma, ibu, bonda and so on they still ur mother, apprciate her dan give lot of love for ur mum. Selamat hari ibu untuk ummi saya love u dunia akhirat ummi, tengs for everyting membesarkan saya dan menjaga saya dengan penuh kasih dan sayang disaat nikmat kesihatan ditarik olehNya.

 

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan ummi untuk kak ngah apapun setiap hari sebenarnya hari ibu buat seorang anak. Setiap kali lepas solat sentiasa doakan ummi dan setiap kali ingin melakukan sesuatu perkara yang besar dalam hidup ummi keutamaan untuk diberitahu kerana dengan doa dan redha ibu sekelip mata hati seorang anak akan menjadi tenang dalam menghadapi perkara yang akan dilaluinya.

Bakal bergelar seorang ibu menjadikan diri saya terasa sangat menghargai seorang ibu, air mata boleh mengalir saat kita merasakan kesusahan yang kita hadapi ini pernah dilaluinya juga." ummi aku kuat sehingga melahirkan aku, kenapa aku perlu lemah" kata hati saat lelah dengan mabuk dan sebagainya. Alhamdulillah Allah bagi dahulu kesusahan supaya kita kuat n than dia hilangkan segalanya saat sampai masanya Subhanallah hebatnya kuasaNya kepada bakal ibu. 

Baru sedar dimana nikmat yang diberitahu oleh sahabat-sahabat yang bakal bergelar ibu. Sebelum nie, trimater 1 kesihatan sangat tak mengizinkan dan time nie ada juga text dan wassap dengan sahabat-sahabat mereka siap cakap "nikmatnya kan prgant nie" ada cakap "bestkan prgnt nie wani" saya hanya mengiakan sedangkan diri tidak bermaya menghadapi. Lama kelamaan nikmat yang dicari telah ku temuai, alhamdulillah trismter 2 menjadikan kita menghargai segala-galanya dan tidak dipersiakan.

Seee dah ke lauttt ucapan hari ibu...hahaha...biasalah teruja bakal seorang ibu ^_^. Btw love love love u ummi dan tidak dilupakan untuk mak mertua juga mak love u too :).

Thursday, May 8, 2014

Alhamdulillah 14w

Assalamualaikum wbt...


3rd upt batu +ve :)

Alhamdulillah sekarang dah masuk 14 weeks ++ already. Melepasi Trimester 1dengan jayanya walaupun terlalu banyak dugaan dan cabaran. Btw Alhamdulillah terima kasih Allah SWT atas kurniaan permata hati saya yang pertama. Dua bulan menunggu akhirnya doa termakbul dan diangkat olehMu, febuari meninggalkan kenangan saat pertama mengetahui diri hamil dan bakal bergelar ibu.

Saat diri hamil dan diketahui sahabat rapat, kata tahniah tidak putus namun mereka meninggalkan harapan agar saya mendoakan mereka juga agar dikurniakan pertama hati sulong buat kalian suami isteri. Anak adalah anugerah dan rezeki ianya akan menyusul sepertimana yang telah ditetapkan, sabarlah sayangku salmi dan rosee.

Jarak antara kita suami isteri bukan penghalang andai sudah tertulis rezeki kita pada masa itu. Masa awal pernikahan saya juga fikir bahawa berjauhan dengan suami melambatkan kita untuk mendapat zuriat dan itu juga kata-kata seorang doktor yang pernah saya minta nasihat beliau. Bulan januari jumpa doktor dan febuari Alhamdulillah sudah berisi.

Tenks untuk suami, keluarga saya serta keluarga mentua yang banyak memberi nasihat dan kata semangat.

Monday, February 24, 2014

3rd month full of love

Assalamualaikum wbt semua...

Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan seharian. Alhamdulillah, semakin hari semakin bermotivasi menuju ke "track" yang betul, moga Allah permudahkan segalanya. Melepasi tiga bulan usia pernikahan sesuatu yang terasa cepat masa berlalu, hari ini satu hari sudah berada di bulan ke empat pernikahan. Alhamdulillah dengan penikahan ini, semuanya tulus dan ikhlas untuk menerima antara satu sama lain. 

rindu saat ini, usai kita jamaah sama2, sedih tgok inai :(

Tiga bulan penikahan hanya satu sahaja yang menyedihkan saya, iaitu bila melihat kuku-kuku pada jari terasa sayu sebabnya inai-inai di kuku hampir hilang sepenuhnya. Pernah cakap dengan suami " sedihnya inai dah nak habis" dan suami pula cakap " nanti pakai la lagi". conform-confrm la bila pakai lagi feeling dia dah tak sama masa mula-mula nak nikah abangg. Time tu excited wink wink blink blink weng weng lah..ayat apakah itu abaikan!

Apapun terima kasih Allah, saya mengharapkan hilangnya inai di jari tidak akan melunturkan kasih sayang dan cinta kami sekalipun. Sesungguhnya, inai itu hanya simbolik dan apa yang lebih penting kesatuan rohani pasangan, dalaman dan spiritual. Pelangkap hidup saya, imam solat saya, penghibur dan segala-galanya dialah suami. Sungguh bila berjauhan sangat terkesan, sangat merindu namu itulah ujian Allah. Rindu berimamkannya, rindu mengaji bersama-sama, rindu nak dengar tazkirahnya dari seremban sampi ayer keroh berhenti seminit telan air liur dia sambung lagi tazkirah..hahaha..lucu tapi itulah yang dirindui. 

Semoga bulan-bulan yang mendatang akan bertambah rasa cinta dan bertambah motivasi diri. Sesungguhnya semakin aku cinta kepadanya, semakin aku menyintai mu ya 
Allah.

*__________*

Monday, February 17, 2014

Goodies bag / buah tangan

Assalamualaikum wbt..

Baiklah hari ini saya cuba masukkan beberapa keping gambar, ada yang DIY juga iaitu buah tangan kepada tetamu semasa majlis. Kalau orang kelantan macam saya buah tangan nie kami pangil " Sisa" kalau mat salleh panggil "goodies bag", sisa ini akan dibahagiakan kepada semua tetamu yang hadir :)..

ketika majlis saya berlansung saya bezakan goodies bag nie untuk memudahkan urusan pembahagian contohnya:
  1. kepada pihak rombongan lelaki
  2. kepada sahabat - rakan sekerja, rakan sepengajian
  3. orang kampung
Kandungan dalam goodies bag:

  1. cenderahati - pengetip kuku small saiz/ kalendar 2014
  2. jajan
  3. gula-gula 
  4. mashmallow - dalam botol
  5. Bubur asyura dlm cup kecil - versi kelantan buburnya macam kek ok, bukan cair mcm negeri2 lain.
  6. telur 
persiapan membeli jajan
proses cut n paste sticker, than tampal kt botol mashmallow

goodies bag yg siap

yg brown paper tu DIY ok

Saturday, February 15, 2014

versi 2.0 # Hati kena keras

Assalamualaikum wbt...

haii apa khabar semua, Alhamdulillah untuk segala kerja yang dilakukan hari ini. Pertama, hari nie sukantara sekolah done, saya sebagai pembantu pelepas 100 M n 200 M. Terlalu banyak merungut sebenarnya hari nie, subhanallah cz terpaksa menjaga budak-budak tengah panas tanpa disediakan payung, walaupun venue lain semua dibekalkan payung sekurang-kurangnya satu. Semoga Allah redha dengan pekerjaan saya harinie, walaupun merungut tidak sesekali megabaikan pelajar2 cuma minta izin dengan rakan setugas untuk pergi rehat sekejap dan sambung balik. Alhamdulillah satu perkara yang boleh kita happy dengan apa yang kita buat banyakkan bergurau dengan pelajar2 barulah rasa tak stress dan merekapun dekat dengan kita.

Kedua alhamdulillah jadual waktu versi 2.0 dah berjaya diedarkan selepas penat mata menghadapnya. Kali nie final touch saya serah kepada yang lebih berkuasa dan jadual yang keluar bukan sepenuhnya air tangan saya . Saya cuma membantu sahaja. Btw nak ceritakan pengalaman buat jadual nie bukan senang cz memerlukan ketelitian, mengetahui komitmen lain oleh guru, comparekan dengan jadual perdana supaya tak clash dll. Nak buat jadual nie hati kena keras dan perlu memekakkan telinga if ada yang complain after kita edar pada guru. Tapi kali nie, rasa lega sikit bukan saya final touchkan jadual so enjoyy :)

dah lebih 10x saya menghadap nie hampir 2thn berkhidmat

Apapun semua tue pengalaman yang berharga, guru baru sudah mampu untuk mengendalikan jadual guru-guru. Ambil pengalaman nie sebagai advantage ke sekolah baru nanti..ececece berangan nak pindah sekolah. of cz of cz of cz la nak pindah...huhuhu..

Thursday, February 13, 2014

when my husband ....

Assalamualaikum wbt....

Selamat malam, selamat beristirehat dihujung minggu :)..sabtu sekolah ganti jangan lupa ea. Hujung minggu nie bujang la saya cz i n my husband sama-sama ada sekolah ganti. Walaupun rindu tapi dengan kemudahan komunikasi yang ada menjadikan kita dekat dengan yang tersayang. Apapun hari nie my dear husband belajar suatu perkara dengan wife die nie walaupun berjauhan...hihihi..respek lahhhh...

Okeh today is my turn masak just make simply recipe from my hometown "Ayam Percik". Ohh tidak lupa si isteri ini juga turut memujuk suaminya masak sendiri untuk hari ini. Finally he agreed, cayalah abang..hehe..i know my husband macam mana mybe pass untuk masak nasi, telur goreng n maggie but more than that mybe sorry..ehe..

Alhamdulillah senang untuk belajar dan cepat tangkap itulah suami saya. Hari nie teori dan praktikal by handphone sahaja. Ada sotong dekat rumah dia so, saya suggestkan "Sotong Masak Merah". Daripada A to Z semua saya ajar daripada penyediaan bahan terus kepada cara memasak. Kelam kelibut jadinya saya sibuk control dapur kat rumah sambil tu pengang fon mengajar pula suami, yang buatkan geli hati dia masak macam orang nak pindah rumah bunyi macam memaku dan tarik perabut..ayoyoyo abang masak ke hape tu, punyalah pum pang pum pang..haha..it's ok dear. Itulah bila suami masuk dapur :)

Tengah ajar-ajar ada juga keluar suaranya berbunyi " taulah, bukan jenis tak reti masak nie"..maklumlah saya ajar details daripada kopek n hiris bawang lagi, lupa pula benda macam tu mesti semua tahu kan :). Akhirny my husband berjaya menyiapkan satu resipi dan ayat yang keluar daripada mulutnya after masak "sedaplah", bahagia isteri awak nie bila dengar macam tu. Next kita belajar lagi okeh..ehehe..

agak2 macam nie ke rupanya..hihi..sodappp

Tuesday, February 11, 2014

Untuk yang bergelar suami

Assalamualaikum wbt...

Sekadar pesanan buat suami-suami di luar sana by Dato' dr fadzilah kamsah, esp. suami den hang baca no bagi paham..hihi...mesti ado yg terkono batang idung aihh..jangan ketawo sorang-sorang sudah tunggu kita ketawo sama-sama okeh.

1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

P/S Sumber FB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...